Saturday, 10 October 2015

COMBI (Communication for Behaviourial Impact)

APA ITU COMBI

COMBI adalah singkatan dari Communication for Behaviourial Impact . Program yang diasaskan oleh World Health Organization (WHO) dan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


COMBI merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi  untuk mempengaruhi perubahan tingkahlaku dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti kearah tingkahlaku yang sihat.

COMBI dibangunkan berasaskan teori-teori perubahan tingkahlaku, komunikasi dan pemasaran. Pendekatan yang menyeluruh lagi fleksibel dalam merancang, melaksana dan memantau tindakan-tindakan mobilisasi social dan komunikasi yang boleh diubahsuai mengikut objektif-objektif tingkahlaku yang telah dipilih.

Bagi melaksanakan program COMBI, lima ( 5 ) prinsip asas yang menggunakan strategi komunikasi secara bersepadu hendaklah diamalkan iaitu;
  • Kerahan Pentadbiran / Perhubungan Awam dan Advokasi
    (Administrative Mobilization / Public Relation / Advocacy)
  • Kerahan Masyarakat (Community Mobilization)
  • Pengiklanan (Advertising)
  • Penyampaian Peribadi/ Komunikasi Interpersonal
    (Personal Selling / Interpersonal Communication)
  • Promosi di Pusat Perkhidmatan (Point-of-Service Promotion)

OBJEKTIF

Matlamat COMBI ialah untuk;
  • Menggerakkan pelbagai sektor komuniti untuk menangani isu denggi dalam komuniti.
  • Mewujudkan tanggungjawab bersama dalam komuniti.
  • Mempengaruhi serta mengukuhkan keputusan/ tingkahlaku/ norma social dalam komuniti.




KUMPULAN SASAR

Projek COMBI merupakan satu pendekatan yang berorientasikan daripada komuniti untuk komuniti. Kumpulan sasar bagi pelaksanaan projek ini adalah berpandukan kepada situasi berikut:

Lokaliti yang pernah berlaku kejadian wabak samaada;
  • Wabak berulang,
  • Wabak tidak terkawal atau
  • Lokaliti wabak
  • Lokaliti yang pernah berlaku kejadian kes
  • Lokaliti yang mempunyai Indeks Entomologi tinggi
  • Lokaliti yang sukarela untuk menubuhkan projek COMBI 


SUMBER: http://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/page2.php?kandungan=content/s_combi.html
 

 


 

DEMAM DENGGI

Pengenalan

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

 
Tanda dan gejala 

  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.

Pemastian diagnosa penyakit

Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).

Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.

NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.


Rawatan

  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.


Demam Denggi Berdarah


Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.


Faktor penyumbang

Intravena:
  • Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
  • Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
  • Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.

Pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.


SUMBER : http://www.myhealth.gov.my/index.php/bayikanak-kanak/penyakit-berjangkit/demam-denggi

Tuesday, 6 October 2015

Bahaya Aedes

Sejauh mana anda rasa, sudah benar-benar tahu tentang wabak denggi?
Kami yakin, jika apa yang anda tahu lebih kurang sama sahaja dengan kami maka menonton video di bawah mampu meremangkan roma dan menyedarkan kita betapa bahayanya Aedes yang menjadi punca penyakit demam denggi.Di sebalik kelembutan bicara Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Lokman Hakim, kenyataan didedahkan berkaitan Aedes amat mengejutkan.
Tak hairanlah, mengapa isu denggi mendapat perhatian begitu serius oleh negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutama pada tahun ini apabila kes denggi mencanak naik melebihi 200 peratus.
Pada awal bicaranya, kenyataan Dr Lokman bahawa gigitan nyamuk Aedes adalah cara penyakit denggi dipindahkan tidaklah mengejutkan langsung.
Begitu juga apabila dimaklumkan bahawa belum ada ubat untuk hapuskan virus denggi, pun ramai yang dah tahu tentang hal ini.
Seterusnya, Dr Lokman mula merungkai fakta lebih jelas tentang cara penyebaran denggi yang amat menyentak.
Rupa-rupanya virus denggi yang tidak mempunyai penawar sampai ke hari ini, mendiami tubuh pesakit walaupun selepas individu tersebut sudah kelihatan sihat lepas mendapatkan rawatan.
Satu lagi fakta mengejutkan adalah cuma 1/3 daripada pesakit denggi tahu bahawa mereka menghidap penyakit ini selepas mengalami simpton tertentu dan pergi mendapatkan rawatan doktor.
Ramai penghidap denggi tidak pergi dapatkan rawatan kerana sangka mereka cuma demam biasa.
Ramai penghidap denggi tidak pergi dapatkan rawatan kerana sangka mereka cuma demam biasa. (Gambar Hiasan)
Sedangkan sebahagian besar pesakit denggi lain, akan sangka mereka cuma demam biasa dan tidak mendapatkan rawatan.
Maka bukan sahaja pesakit denggi yang sedang terlantar di katil wad, tetapi pesakit yang sudah nampak sihat dan pesakit yang menghidap penyakit denggi namun tidak menyedarinya akan memindahkan virus denggi kepada Aedes yang menggigit mereka.
Daripada fakta ini bayangkanlah, betapa ramai manusia pembawa virus denggi di luar sana (entahkan kita juga) yang bakal digigit oleh Aedes seterusnya disebarkan nyamuk ini sepanjang hayatnya yang kira-kira sebulan itu.
Jika belum cukup terkejut, ketahuilah Aedes yang membawa virus denggi tidak memperoleh virus tersebut dengan cara menggigit pesakit semata-mata.
Sebaliknya nyamuk ini mempunyai keupayaan pula untuk memindahkan virus denggi pada telurnya yang bakal menjadi jentik-jentik seterusnya nyamuk dewasa.
Menakutkan bukan??
Disebabkan itulah, target utama KKM untuk menangani denggi adalah penghapusan Aedes itu sendiri.
Namun dalam usaha memastikan persekitaran bebas Aedes, KKM memerlukan sokongan penuh orang ramai. Antaranya ketika aktiviti semburan racun serangga dijalankan di kawasan perumahan bagi membunuh nyamuk dewasa.
Malangnya, masih terdapat kekangan daripada segelintir penduduk yang enggan membenarkan semburan dilakukan di kawasan rumah mereka.
Apabila ini berlaku maka semburan ini tidak dapat mencapai matlamat sepenuhnya.
Semburan kabus racun serangga perlukan sokongan masyarakat setempat. (Gambar Hiasan)
Semburan kabus racun serangga perlukan sokongan masyarakat setempat. (Gambar Hiasan)
Sesetengah individu keberatan membenarkan semburan dilakukan dalam rumah mereka disebabkan kabus racun serangga yang dimaklumi mempunyai bau kurang enak.
Bagaimanapun ketahuilah satu lagi fakta tentang Aedes – nyamuk jenis ini terutama di kawasan bandar, sebenarnya lebih suka ‘rehat’ dan diami dalam rumah berbanding berada di luar.
Bayangkan ada pembunuh dalam rumah namun anda melindunginya apabila ada pihak yang datang mahu bantu hapuskan.. bukankah kurang bijak di situ?
Begitu pun Dr Lokman menegaskan, semburan racun serangga semata-mata takkan beri kesan jika orang ramai tak mainkan peranan paling penting iaitu hapus tempat pembiakan Aedes di dalam dan luar rumah mereka.
Bukan lama pun, cuma 10 minit seminggu dah cukup untuk melakukannya.
Percayalah, anda mungkin tak sedar tapi 10 minit yang ada peruntukkan itu entah-entah sudah selamatkan nyawa ramai manusia termasuk diri anda sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Mesyuarat Program Dengue Patrol


1 October- A meeting was held to discuss the establishment of the Committee for Dengue Programme school Patrol.  The programme which will be involving the activities of performing arts, exhibitions, gotong-royong activities, ICT programme and so on. The programme which will be involving the cooperation of the Ministry of education Malaysia, Pahang Education Department and Sanofi Pasteur. 






Selamat Datang

Tahniah dan syabas kepada Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub kerana berjaya mewujudkan blog tentang aedes untuk menjadi tatapan dan rujukan kepada anak didik di sekolah ini.  Semoga blog ini bermanfaat kepada seluruh warga pendidik, murid-murid dan ibu bapa di sekolah ini.  Kewujudan blog ini diharapkan dapat membantu ke arah pendidikan pencegahan aedes serta penyakit bawaan nyamuk aedes iaitu demam denggi.